– RED TRUFLE OREO BROWNIES –

Red Truffle Oreo Brownies

Resepi Red Truffle Oreo Brownies yang sedap ini sangat senang dibuat dengan gabungan brownies red velvet. Dicampurkan dengan filling truffle oreo berkrim dan dihiasi dengan dark chocolate chips dan crumbs oreo. Memberi rasa yang marvellous dalam setiap gigitan. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat kerana tidak perlu menggunakan mixer, Kak D hanya menggunakan hand whisk sahaja untuk membuat adunan brownies ini. Brownies ini mempunyai empat lapisan yang dimulai dengan lapisan red velvet, dan dilapiskan dengan filling truffle oreo dan dihiasi dengan lapisan dark chocolate dan diakhiri dengan crumbs oreo yang crunchy. Antara tips yang boleh digunakan dalam menghasilkan brownies yang sedap ialah dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Perbezaan dalam penggunaan bahan akan memberi kelainan dari segi rasa walaupun menggunakan resepi yang sama. Jadi amatlah penting untuk kita sentiasa guna bahan yang berkualiti tinggi.

Resepi Red Velvet Brownies

Saiz Loyang ( Square ) : 9 inch

Saiz Board / Papan & Kek Box : 10 inch

130 gm        Butter

1 1/8 cup     Gula Kastor 

1 tsp             Esen Vanilla 

3 biji             Telur ( Gred A ) 

100 gm        Chocolate Chips 

1 tbsp           Red Food Colouring 

1 1/8 cup      Tepung Gandum

1 1/8 tsp        Baking Powder  

2 cubit.        Garam

Cara-cara

  1. Cairkan butter di atas api sehingga bertukar ke warna perang.
  2. Dalam mangkuk, masukkan caster sugar dan vanilla. Tuangkan butter yang sudah cair ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati menggunakan hand whisk.
  3. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan chocolate chip yang sudah cairkan dan pewarna merah, kacau sehingga sebati.
  4. Tukar menggunakan spatula tangan, masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yang sudah di ayak, handfold (kaut balik) sehingga sebati.
  5. Sediakan loyang petak saiz 9 inch, lapikkan dengan patchment paper, tuangkanbrownies dan ratakan.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 170’c selama 30 minit.
  7. Kemudian, panas- panas, letakkan oreo filing dan ratakan. kemudian letakkan chocolate ganache dan ratakan. Deco menggunakan oreo atau selainnya.
  8. Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga ganache sudah set. Keluarkan dari loyang dan potong.

Oreo Filling

210 gm   Oreo Crushed
125 gm   Salted Butter (dicairkan)

Cara – cara :

Gabungkan oreo dan butter yang sudah cair, kacau sehingga sebati.

Chocolate Ganache

1 cup Dark Chocolate Chips (Callebaut 811 / Beryl’s)
1/2 cup Dairy Whipping Cream (Anchor)

Cara – cara :

Dalam periuk, masukkan chocolate chips dan whipping cream, masak sehingga sebati.

    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
      Calculate Shipping
      Apply Coupon